Tuesday 27 September 2011

Baru Cite Sikit Pasal Polis Dah Glamer

Aku terkejut bila nampak Rocky Bru link cite dia dengan blog aku! Sempoi! Ni aku nak tambah lagi cite alang-alang mana la tahu kena link lagi!

Lepas apa yang aku cite hari tu, dapat la aku jumpa ipar aku untuk korek sikit hal budak belia kena tangkap tu. Dia kata, boss polis daerah dia, Wan Bari namanya, tengah bengkek sekarang. Bukan apa, Wan Bari tu dah banyak sangat glamer busuk, dengan kes orang Bersih kata dia guna kekasaran itu hari. Itu tak ape sangat sebab gomen cover la, tapi satu lagi kes dia teruk, sebab kena tuduh pukul budak india dalam lokap dia dua orang! Bukan dia sendiri la, orang dia, tapi dia bos, kena jawab la!

Wan Bari kena paksa hari Jumaat tu, tu yang kena tangkap budak belia tu, katanya 4 orang, tapi polis pergi ramai-ramai. Ada orang besar, katanya menteri ke bekas menteri ke. Aku tau menteri, tapi Rocky kata bekas menteri yang suruh belia tu kena tangkap. Ipar aku kata kesian kat belia tu, sampai pagi-pagi buta, baru boleh balik. Itu sebab ipar aku tak balik malam malam tu.

Wan Bari tak tunggu lama Jumaat tu. Ya lah, dia kan bos besar polis situ. Dia arah, lepas tu balik la rumah ke, pergi kenduri hari raya ke. Tapi dengar kata esok hari tu dia masuk balai dengan panik dan panggil press. Ipar aku kata sarjen balai nampak Wan Bari tu macam takut aje. Ya lah, takut sebab ada buat salah la. Dah la orang tuduh india kena pukul 2 orang. Malam tu belia tu india pun ada, perempuan pun ada la! Konpem kena tuduh lagi Wan Bari ni kalau belia yang dia tangkap tu perempuan india!

Saturday 24 September 2011

Mat-Minah Belia Lagi Bahaya Dari Al-Maunah!

Pelik aku tengok hal kat Wisma Belia Jumaat sudah. Mula-mula berlambak kereta polis datang, polis pun macam boring aje lepak. Aku balik sembahyang Jumaat terpegun kejap tengok macam ada penjenayah besar ke. Mana la tau, Agrobank kan ada situ. Ada brader polis kata ada kecoh, tapi ada yang lain komplen buang masa diorang aje.

Malam tu pelik lagi. Ipar aku kerja polis kat balai Brickfields minta aku ambik anak dia tusyen. Dia sibuk. Rupanya kat Wisma Belia lagi! Berpuluh-puluh polis kena kerah untuk tangkap orang yang buat kecoh ke ceroboh ke tak tau lah. Yang lagi pelik, semalam akak aku marah-marah aje, kata ipar aku yang polis tu lambat benar balik samapi kena kensel bawak anak-anak jalan hari ni. Bayanglah rumah di, budak semua nangis tak jadi gi jalan!

Aku tanya la apa hal kecoh sampai berpuluh-puluh polis kena selesai buang masa pulak? Ya la, nak la tunjuk 'menyokong' ipar aku yang polis tu! Manala tau! Akak kata 20-30 orang polis kena kerah untuk tangkap 4 orang budak belia aje! 4 orang Mat Belia beb, kena tangkap polis macam Al-Maunah! Katanya dengan senjata semua cukup! Lepas tu kena tahan sampai pagi! Pompuan pun ada sorang!

LOL! Tegelak benar la aku. Ipar aku kata kat akak akhirnya tak masuk lokap pun, polis takut malu! Ya la, Mat dan Minah Belia nanti paper kata lagi bahaya dari Al-Maunah!

Rupanya ada la orang-orang besar yang suruh polis buat... katanya Menteri! Dahsyat bahaya jadi Mat Belia!